Untuk pemilik & pengurus stesen minyak (apa-apa jenama)

Gaji stesen minyak siap dalam 10 minit

OT, syif malam, elaun kedatangan, shortage — dan KWSP, PERKESO, SIP, SKBBK dikira sendiri. Slip gaji PDF terus ke WhatsApp staf.

Daftar

Demo terus masuk, tak perlu emel atau kad. Stesen contoh dengan 15 staf palsu.

SLIP GAJIOktober 2026
Nur Aisyah (Contoh) · Cashier
Gaji pokok1,800.00
Elaun cashier100.00
Elaun kedatangan (1 lewat)75.00
Syif malam (3 syif)12.00
OT 1.5x (10 jam)137.02
KWSP-220.00
PERKESO + SIP-13.65
SKBBK-14.65
Gaji bersihRM1,875.72

Masalah biasa hujung bulan

"Kira OT satu-satu dalam Excel"

OT 1.5x, hari rehat, cuti umum, syif malam. Setiap staf lain jamnya. Satu formula salah, semua salah.

"Elaun kedatangan selalu silap"

Lewat sekali potong RM3, lewat tiga kali hangus. Shortage pula kena ikut persetujuan staf.

"Jadual caruman susah nak semak"

KWSP, PERKESO, SIP dan SKBBK baru (Jun 2026). Staf 60 tahun ke atas dan pekerja asing lain kiranya.

Hasilnya: satu malam setiap bulan habis untuk kira gaji, staf tanya "kenapa gaji saya kurang?", dan anda tak pasti caruman betul.

StesenHR buat kerja kira untuk anda

OT & syif malam dikira sendiri

Kadar ikut (gaji pokok + elaun tetap) ÷ 26 hari ÷ 8 jam. Semua boleh ubah ikut stesen anda.

Elaun kedatangan ikut peraturan lewat

Tetapkan sendiri: RM78, potong RM3 setiap lewat, hangus pada lewat ke-3.

Shortage yang selamat

Shortage direkod setiap bulan, tetapi ditolak hanya bila staf sudah setuju secara bertulis.

KWSP, PERKESO, SIP, SKBBK auto

Ikut jadual terkini termasuk SKBBK (Lindung 24 Jam). Kategori 60+, pekerja asing dan tanpa KWSP disokong. PCB anda isi dari e-PCB.

Slip gaji PDF + WhatsApp

Satu tekan untuk PDF. Kongsi pautan peribadi ke WhatsApp staf, sah 14 hari, boleh dibatalkan.

Pengurus isi kehadiran, tak nampak gaji

Jemput pengurus stesen. Mereka isi OT, lewat dan cuti. Gaji, slip dan langganan hanya untuk pemilik.

Kehadiran 3 cara

Jumlah bulanan, masa masuk/keluar harian (lewat & OT dikira), atau import CSV dari Excel.

Banyak stesen, satu log masuk

Tukar stesen dari menu atas. Setiap stesen dengan staf dan langganan sendiri.

Tengok sendiri dulu, tanpa daftar

Kami baru dilancarkan, jadi kami tak letak testimoni. Sebaliknya, cuba stesen demo: Stesen Demo Jalan Contoh dengan 15 staf palsu dan satu bulan kehadiran. Kira gaji, buka slip, muat turun PDF. Data demo dipadam selepas 7 hari.

Tiga langkah setiap bulan

  1. Masukkan staf sekaliGaji pokok, jawatan, elaun tetap, kategori caruman.
  2. Isi kehadiranAnda atau pengurus stesen: OT, syif malam, lewat, cuti, advance, shortage.
  3. Muktamadkan & hantar slipSemak jumlah, kunci bulan itu, hantar slip PDF ke WhatsApp.

Harga setiap stesen

Bayar bulanan dengan kad. Pelan ikut bilangan staf aktif di stesen itu.

Kecil

Sehingga 10 staf

RM99/bulan

+ yuran setup RM300 sekali

Sederhana

11 hingga 25 staf

RM169/bulan

+ yuran setup RM500 sekali

Besar

26 staf ke atas

RM229/bulan

+ yuran setup RM800 sekali

  • ✅ Semua ciri untuk stesen itu: gaji, kehadiran, slip PDF, WhatsApp, pengurus
  • ✅ Stesen kedua dan seterusnya: RM30 lebih murah sebulan setiap satu
  • ✅ Tahunan: bayar 10 bulan, dapat 12
  • ✅ Batal bila-bila masa. Akses kekal sehingga hujung tempoh yang sudah dibayar

Tiada percubaan percuma. Guna Cuba Demo untuk tengok semuanya dulu. Bayaran kad sahaja buat masa ini.

Akan datang

Clock-in QR guna telefon staf

Staf imbas kod QR di stesen untuk masuk & keluar kerja. Masa terus masuk ke kehadiran.

Soalan lazim

Data gaji staf saya selamat?

Data disimpan di Cloudflare (pelayan di luar Malaysia), dihantar melalui HTTPS. No. IC dan akaun bank disulitkan dan ditunjuk bertopeng dalam senarai. Pengurus tidak nampak gaji. Anda boleh eksport atau padam semua data bila-bila masa. Butiran dalam Dasar Privasi.

PCB dikira sendiri?

Tidak. Anda kira PCB di e-PCB LHDN dan taip jumlahnya untuk setiap staf setiap bulan. StesenHR tolak dari gaji dan tunjuk dalam slip.

Staf asing dan staf 60 tahun ke atas?

Ya. Pekerja asing: caruman RM0 (boleh ubah bulanan jika perlu). 60 tahun ke atas: KWSP majikan 4%, tiada SIP, SKBBK tetap. PERKESO Jenis Kedua (majikan sahaja) dikira dari jadual PERKESO.

Boleh hantar fail KWSP / PERKESO terus?

Belum. Versi ini keluarkan jumlah caruman setiap staf dan eksport CSV. Fail serahan dan Borang EA/Borang E belum ada.

Boleh batal bila-bila masa?

Ya, di portal pembayaran dalam Tetapan → Langganan. Akses kekal sehingga hujung tempoh yang sudah dibayar. Yuran setup tidak dipulangkan.

Setup macam mana?

Daftar, tambah stesen, masukkan staf (nama, gaji pokok, jawatan, kategori caruman). Selepas itu setiap bulan isi kehadiran dan muktamadkan gaji. Ada soalan? Emel hello@stesenhr.com.

Kena guna jenama stesen tertentu?

Tidak. StesenHR untuk mana-mana stesen minyak di Malaysia.

Hujung bulan ni, kira gaji dalam 10 minit

Mula dengan demo. Bila sedia, daftar dan langgan untuk stesen anda.

Daftar